Friday 5 July 2013

ON BEING A MUSLIM.

Assalamualaykum and peace be upon you. :D

Watch this video before you read this whole post. :D

 

Well, all this time, I was wondering, kenapa orang membenci sesorang individu atau sesuatu kaum kalau mereka adalah 'MUSLIM' ?

   Saya ingin berkongsi cerita pak cik saudara saya sewaktu dia berada di Piacenza , Italy ... rasa-rasanya lah. ( Maaf kalau tersalah information. :D)

   Okey, saya skip saja bahagian cerita lain (yang sebenarnya lagi MENARIK!) yang pak cik saudara saya ceritakan tu... Apa yang saya nak ceritakan ni, betul-betul berkaitan dengan apa yang selalu orang anggap tentang 'MUSLIM'. Lebih-lebih lagi,  tanggapan dari orang dibahagian barat sana.

 (Saya singkatkan cerita ini.)

   Pada waktu tu, pak cik saya cerita ... orang kampung di Piacenza, Italy tu tak membenarkan anak dia sama sekali untuk bermain dengan pak cik saya dan budak-budak yang mengikuti rombongan tersebut.

   Tapi, seminggu selepas tu, orang kampung itu mula membenarkan anak-anak kecil mereka bermain dengan pak cik saya dan ahli rombongannya kerana orang kampung itu kata dia melihat budak-budak yang dibawah rombongan pak cik saya ini, berkelakuan dengan penuh hormat, tidak ganas, baik dan bersopan-santun. Bila jumpa dengan orang lain di tempat itu, ahli rombongan tersebut selalu ucap selamat kepada mereka. Itu yang menyebabkan orang kampung tersebut tersalah anggap terhadap orang Islam.


     Tapi, kita sama sekali tidak boleh salahkan mereka kerana tersalah anggap terhadap orang Islam kerana di tempat mereka, mungkin media massa dan internet serta akhbar di negara mereka menyiarkan cerita yang buruk tentang agama Islam. Itu yang menyebabkan mereka tersalah anggap.

     Kenapa pula kita sebagai seorang muslim hendak bersikap ganas sedangkan Rasulullah S.A.W sendiri bersikap lemah-lembut, bersopan-santun dan Rasulullah sendiri menyuruh kami sebagai Hamba Allah S.W.T untuk bersikap berlemah-lembut dan bersopan-santun dalam setiap urusan dan kegiatan seharian kita. ... dan bersikap ganas sama sekali tidak diajar dalam agama Islam.

      Di dalam video yang saya post-kan di atas, anda semua, tidak kira seorang Islam ataupun tidak, perlu membuka mata, bahawa kami, sebagai Muslim juga mempunyai hak untuk hidup di Bumi Allah ini sehinggalah tiba masanya untuk Allah mengambil hak kami, iaitu mengambil nyawa kami.

      Kami juga manusia sama seperti kamu yang membenci kami. Kenapa kamu tidak membenci agama lain dan mencaci, serta berkata kepada mereka , " Kamu jahat, Kamu tidak layak hidup di dunia ini, Kamu patut dibunuh seluruh ahli keluarga mu!!!" ???  Kenapa kami sebagai Muslim yang mesti kamu berbuat demikian? Kami sebagai muslim juga menerima cacian, hinaan kamu terhadap kami sebagai ujian Allah kepada hamba-hambaNya.

      Saya lebih tersentuh melihat keadaan sauda se-Islam kami di Palestin. Ditindas, dibunuh, didera tanpa mereka tahu apa silap mereka. Kenapa mesti kamu berbuat demikian? Adakah kanak-kanak, wanita dan lelaki , orang-orang tua dinegara tersebut tidak layak hidup atau terlampau hina bagi kamu ? Saya tanya kamu semua, jawab soalan ini dengan ikhlas dari hati bukan dari keegoan masing-masing.

   " Apakah silap mereka, dan dimanakah silap mereka sehinggakan kamu tergamak membunuh, menindas mereka? Dan kamu berbuat demikian hanya kerana kami merupakan orang Islam?"


     Tidakkah kamu  mempunyai rasa belas kasihan / hati nurani? Dan adakah agama kamu juga mengajar untuk kamu bermusuhan berbuat jahat kepada agama lain? Tidak, bukan? Dan, jika kamu melabel kami sebagai ' Terrorist / Pengganas' , apa perasaan kamu jika berada di tempat kami? Dan, jika kami memang betul-betul adalah terrorist / pengganas seperti apa yang kamu katakan, adakah kami sebagai Muslim ini membunuh kamu , menindas kamu , mendera kamu dan membuat kacau bilau di seluruh dunia sedangkan kami boleh berbuat demikian? Tidak, kerana kami tahu yang kamu juga manusia, dan kamu juga layak hidup di dunia ini.

Renung-renungkanlah, buka mata anda terhadap perkara sebenar. Kami sebagai Islam juga manusia seperti kamu. Inginkah anda mengalami peperangan sementara anda hidup dengan aman ini? Dan kasihanilah warga Palestin yang ditindas. Mereka juga manusia dan mereka tidak bersalah dan tidak melakukan kesalahan terhadap kamu.

                         

  



               I'M A MUSLIM AND I'M PROUD OF IT.




Sincerely, Love and peace,
DANIEL ZAYDI
A muslim.

p/s: Thanks to Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman (my uncle) for sharing this wonderful story of yours. :D








1 comment: