Assalamualaikum..and selamat sejahtera..
Ahhh...tak keruan rasanya setelah sehari tidak mempunyai akaun facebook. Adakala rasa bosan dan sebagainya menandakan seseorang itu telah bosan. Sambil-sambil itu, membaca blog-blog muslimah-muslimah dari komuniti hijab di Malaysia, The Scarflets Sisters. Hilang rasa bosan sekejap. Itupun untuk sekejap saja.
Bye, my baby facebook...haha, bagaimana agaknya akaun facebook saya setelah saya mematikan-nya..mungkin sekarang ia dibawah jagaan facebook..lantaklah..saya tak kisah lagi pasal facebook..saya masih lagi ada akaun twitter dan blog yang menjadi peneman setia..tak payah laa saya bergelumang dengan dosa di laman sosial itu lagi.
Dan tak perlulah saya bergaduh dengan facebookers tu lagi. Saya sudah penat. PENAT! Letih keparat. Bukan mendapat apa-apa kelebihan. mendapat dosa lagi.
Sekarang, saya sudah bebas. Rasa seperti menjadi naif sekali lagi.Tidak terkejar-kejar ingin membuka akaun facebook dan menjaga request game dan sebagainya. Saya sudah keluar dari kepompong facebook!
perhatian: DANIEL ZAYDI SUDAH TIDAK ADA KAITAN DENGAN FACEBOOK LAGI. DIA TIDAK ADA SEBARANG AKAUN DI FACEBOOK. SEMOGA ANDA MENGAMBIL PERHATIAN DIATAS PEMERGIAN INI.
Saya sudah letih menaip.Sampai disini saja entry saya pada kali ni.
bye!
Assalamualaikum
Peace.
Daniel Zaydi.
No comments:
Post a Comment