Assalamualaikum wbt.
Hi guys. Saya terjumpa cerita lawak bijak yang saya rasa kelakar la jugak. Kalu nak baca lebih lanjut, sila ke Pemilik cerita ini
Alkisah.....
Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu
satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu
budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana
mereka makan. Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang
Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional
kenapa mereka amalkan cara itu. Orang Melayu makan biasanya menggunakan
tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan
tangan ?
Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke- 19 oleh seorang
kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin.
Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang
berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya "Chersonese - The
Guilding Off" oleh Emilly Innes.
Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident
menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika
semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku
Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya.
Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu,
beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan
tangannya......... !
Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku
Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:
"Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain.
Katanya:
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:
Pertama: Saya tahu yang tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukannya orang lain.Manakala Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.......... !!!"
Pertama: Saya tahu yang tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab
saya sendiri yang membasuhnya - bukannya orang lain.Manakala Sudu dan garfu itu
dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.
Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya
saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya.
Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah
jatuh dalam longkang.......... !!!"
Kelassssss kau Kudin!!Bijaknyeeeer Melayu Ini!
Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya
terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis
melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu
masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan
tersebut....
Harap korang enjoy!
Daniel Zaydi.
p/s:saya juga orang melayu yang tergolong dalam bijak itu ye!
No comments:
Post a Comment