BUAIAN RINDU DI POHON SAKURA
Pasti teringat,
Di kala kau memeluk erat,
Sehangat lilin yang membakar diri,
Dibawah henigan sunyi,
Di kala itu juga, Kau berjanji untuk bersamaku,
Di kala kesedihan, amarah, kesunyian...
Kau tetap menyelubungi diriku,
Seperti selimut, menutupi diri,
Tatkala sejuk terasa,
Ketika daku menitiskan air mata ke tanah,
Kau memeluk erat diriku,
Tanpa sebarang kata,
Air matanya menggores pipi,
Namun, Masa telah berlalu,
Kau pergi dari diriku,
Kau DIRENTAP!
Turut menitiskan air matamu,
Bukan kerna keperitan yang menikam jiwa,
Kerna rasa cinta, yang begitu mekar,
Seperti merahnya darah,
Begitulah merahnya cinta,
Di saat itu,
Kau melepaskan kudrat terakhir mu,
Di bawah pohon sakura,
Tatkala itu juga, salji mula turun,
Jatuh satu persatu,
Menyentuh jasadmu yang terbujur kaku,
Begitulah juga cintaku,
Mula cair seperti salji yang menyentuh bumi,
Kerna,
Semerahnya cinta,
Mula pudar menjadi seputih salji,
Di bawah pohon sakura,
Diatas BUAIAN RINDU.
Daniel Zaydi.
10:40 p.m.
13/7/2012.
p/s: sajak ini didedikasikan kepada sahabat-sahabat saya, kerana saya sayang mereka semua!
No comments:
Post a Comment