Lately, I've been asking myself, "Kenapa saya selalu berbuat dosa dan maksiat?"
Sedangkan, sebagai sebagai seorang islam, saya tahu yang hidup kekal selama-lamanya itu tidak wujud, melainkan di akhirat nanti. Saya tahu yang hidup di dunia ini hanya sementara, hanya pinjaman dan topeng semata-mata. Kita juga tahu bahawa mati itu adalah pasti.
Bukankah sepatutnya manusia akan berlumba-lumba mencari amal jariah / pahala yang akan menjadi ganjaran yang tidak ternikmat diakhirat? Semuanya kerana mungkin mereka masih fikir bahawa mereka akan hidup lama lagi dan Allah tidak akan mengambil nyawa mereka lagi sedangkan ajal itu boleh tiba bila-bila masa tanpa diduga.
Saya mengaku, saya juga seperti mereka yang saya sebutkan di atas. Kita sebagai hamba Allah tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Saya terkesan apabila saya secara tidak sengaja tertonton QUNUT NAZILAH di TV ALHIJRAH. Apa yang menyebabkan saya terkesan? Terkesan apabila melihat saudara seIslam kita yang berada di Palestin, Mesir dan Syria yang diseksa dan dizalimi merata tempat. Ia sangat menyedihkan sehingga saya menangis yang seingat saya, sudah lama saya tidak menangis sebegitu teruk sekali. Lagi pula, saya seorang lelaki. Tidak ada lelaki yang mudah menangis didunia ini, (mungkin ada.)
Menangis yang menyebabkan saya tidak mampu berdiri dan sehingga badan ini bergetar seolah-olah mahu pitam. Pada pendapat anda, " Bolehkah , patutkah kita menikmati nikmat kebebasan merdeka ini jika masih ada saudara islam kita yang masih belum bebas (merdeka) ? "
Berdoa kepada Allah S.W.T juga tidak semestinya akan membantu mereka bebas kerana kita hanya seperti berada di tepi meja dan tunggu saja untuk meja itu terangkat sendiri. Tiada usaha. Jika kita ingin mencapai sesuatu kejayaan juga, kita perlulah berusaha seiring dengan berdoa kepada Allah supaya hajat atau impian kita termakbul oleh-Nya. Kita juga perlu berusaha dan bersatu dengan mereka. Bantu apa yang patut.
Sentiasa ingat, carilah cinta yang hakiki, iaitu cinta kepada Allah Yang Maha Esa dan bukannya manusia kerana cinta kepada Allah berkekalan selama-lamanya. InsyaAllah. Saya juga memohon maaf sekiranya apa yang saya tulis ini tersalah maklumat ataupun terkasar bahasanya. Saya harap anda semua dan juga diri saya mengambil iktibar dengan keadaan saudara kita sekarang ini. Buang yang keruh, ambillah yang jernih.
Assalamualaikum.
Love and Faith,
Daniel Zaydi